Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Asahan Meriah

By 22 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Farhana Azman/FB Fairul Nizam Roslan

JASIN, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan di Dataran Asahan, di sini semalam meriah dengan dibanjiri hampir 5 ribu warga daerah ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Asahan Fairul Nizam Roslan, majlis sebegini diadakan bagi mengeratkan lagi tali silaturahim antara masyarakat pelbagai latar belakang di sini.

“Inilah masanya kita dapat berjumpa kembali sahabat sahabat yang sudah lama tidak bersua muka.

Di samping itu kita dapat bersama-sama berkongsi rezeki dan menikmati juadah hari raya yang disajikan khusus buat tetamu yang hadir,” ujarnya.

Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda