Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Produk Hiliran Makcu Jaya Usahawan IKS Berjaya

By 19 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Andi Abdul Rohim (Manjung)/FB Shuhaimi Mohd Amin

SITIAWAN, 19 Apr (MalaysiaAktif) – Berbekalkan minat dan kesungguhan untuk mengusahakan perniagaan keluarga, Shuhaimi Mohd Amin, 62, tekad mempelajari teknik dan ilmu pembelajaran perusahaan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
“Saya memulakan pelbagai perusahaan sejak tahun 2010 selepas bersara sebagai pengurus Pernama Kem Batu Kentomen, Kuala Lumpur,” katanya yang berasal dari Kuala Kangsar.

Menurut Shuhaimi, antara perusahaan yang dijalankan termasuklah pembuatan sos cili, sos pencicah thai, sos rojak, kerisik, dodol, madu kelulut dan roti.

“Selain itu, saya turut mengusahakan tanaman pisang berangan seluas empat ekar di beberapa kawasan sekitar Sitiawan dengan hasilnya akan dijual kepada pengusaha kerepek dari Batu Gajah dan sekitar Manjung.

“Bagi mana-mana agensi atau kumpulan yang berminat, kami turut mengadakan kursus sangkut atau hiliran ini bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan khususnya kepada orang ramai,” katanya yang mengusahakan perniagaan Makcu Jaya bersama keluarga.

Selain MARDI, Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang dan Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) antara yang membantu memperkenalkan produk Shuhaimi kepada syarikat dan orang ramai.

“Saya menerima beberapa bentuk bantuan berupa mesin dan peralatan bagi Industri Kecil Sederhana (IKS) selain khidmat nasihat dan teknikal banyak membantu dalam memajukan perniagaan Makcu Jaya,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda