Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sambutan Aidilfitri Rai Pelatih PPDK Batang Padang

By 19 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Faizzad Kamal (Batang Padang)

TAPAH, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 120 pelatih Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) Daerah Batang Padang diraikan dalam Majlis Sambutan Aidilfitri 2024 di Perkarangan Pejabat Orang Besar Jajahan Batang Padang, di sini pada Rabu.

Orang Besar Jajahan Batang Padang Datuk Mat Rasid Ayob, berkata terdapat empat buah PPDK yang telah diwujudkan di daerah ini bagi membantu membangunkan komuniti setempat dari segi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya (OKU).

“Program pemulihan ini dilaksanakan melalui usaha bersepadu OKU, keluarga, komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian. Ia dikendalikan dengan penglibatan aktif komuniti sama ada di PPDK atau di rumah,” katanya ketika berucap.

Dalam majlis berkenaan, para pelatih turut menerima sumbangan duit raya.

Setiausaha Persatuan Kebajikan OKU Daerah Othman Md Ali berkata, penyampaian sumbangan ini merupakan aktiviti tahunan persatuan itu.

“Saya berharap sumbangan ini menceriakan lagi para pelatih dan tradisi ini diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Antara lain syarikat yang hadir menyampaikan sumbangan ialah Hotel KU3, Lion Club dan Perak Transit.

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda