Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Vibe Baharu PERLISFM Mampu Menarik Pendengar Muda

By 28 April 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah melancarkan Kemuncak Canggung Hibrid dan Vibe Baharu Perlisfm di Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra, di sini semalam.

“Bagi tahun 2024, Program Seni Warisan bermula di Perlis menerusi pelancaran Kemuncak Canggung Hibrid yang mengetengahkan gabungan tarian canggung bersama variasi elemen kesenian lain dalam satu pentas pertandingan.

Gimik memukul gong sebaik sahaja Fahmi tiba di Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra.

“Kemuncak Canggung Hibrid ini akan diadakan pada 4 Mei 2024 (Sabtu) di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis yang disiarkan secara langsung di platform digital RTM dan dilihat sebagai gabungan digital yang mampu menarik penonton,” katanya.

Menurut Fahmi lagi, Vibe Baharu Perlisfm pula merupakan suntikan pembaharuan kepada jenama dan kandungan program radio tersebut.

Juruhebah Perlisfm bergambar kenangan bersama Menteri Komunikasi.

“Jom Mai Dengaq iaitu lagu baharu stesen turut dilancarkan bertujuan untuk mengukuhkan jenama Perlisfm, sekali gus ia menarik lebih ramai pendengar baharu,” ujarnya.

Vibe baharu menerusi tagline ‘Serasi Denganku’ diyakini mampu menjadikan stesen radio yang mula beroperasi sejak 1 Jun 1991 dengan nama Radio 3 Kangar ini kekal relevan.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda