Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PUO, YADIM Teruskan Tradisi Sumbangan Buat Golongan Memerlukan

By 4 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lina Shukri (Perak)/PUO

IPOH, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 100 kakitangan sokongan Politeknik Ungku Omar (PUO) menerima sumbangan kotak rahmah mengandungi barangan keperluan asas makanan serta wang tunai sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana PUO 1445H/2024M, di sini pada Selasa.

PUO dalam satu kenyataan berkata penganjuran program ini dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara pelajar dan pihak pengurusan di samping memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warganya sekaligus menghidupkan amalan ibadah di bulan Ramadan.

“Program ini turut memberi peluang kepada warga PUO dan YADIM untuk sama-sama menyantuni pelajar-pelajar asnaf dan kakitangan B40 dengan memberikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada mereka,” jelas PUO.

YADIM turut menaja tiga kawah bubur lambuk yang kemudiannya diagihkan kepada para pelajar dan komuniti di tapak bazar Ramadan Taman Cempaka, Ipoh.

Sementara itu, Pengarah PUO Dr. Shamsuri Abdullah merakamkan penghargaan kepada semua pihak khususnya YADIM atas sumbangan yang diberikan.

“Inisiatif seperti ini memperlihatkan PUO bukan sahaja menjadi sebuah institusi TVET terunggul tetapi juga sebuah institusi pendidikan yang cakna dan prihatin terhadap keperluan masyarakat di sekelilingnya.

“PUO sentiasa komited memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti, mengangkat nilai-nilai kepekaan sosial serta tanggungjawab masyarakat,” katanya.

Turut hadir pengarah YADIM Negeri Perak Ramdani Abd Karim.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda