Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Ramadan Turunnya Wahyu, Martabat Al-Quran Dijulang

By 5 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Baling)

BALING, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 150 peserta dalam kalangan pelajar Maahad Tahfiz dan Ketua-ketua Jabatan Daerah Baling menyertai majlis khatam al-Quran dalam Program Sambutan Nuzul Quran dan Ihya Ramadan serta jamuan berbuka puasa peringkat Daerah Baling di Masjid Al- Hijrah, Charuk Nau Mukim Baling/Bongor, di sini semalam.

“Majlis khatam al-Quran ini berjalan dengan lancar dan ia merupakan satu penghormatan kepada bulan Ramadan di mana bulan turunnya al-Quran,” ujar salah seorang peserta Muhammad Haniif Abdullah dari Maahad Tahfiz Kejai, Kuala Ketil.

Program disusuli ceramah Ihya’ Ramadan yang disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Pondok Semalaysia Ustaz Ahmad Marzuki Mat Yusoff, usai solat Asar berjemaah.

Pertubuhan ini juga berbesar hati menyumbangkan 400 kit berbuka puasa dan 150 naskah al-Quran kepada peserta.

Turut hadir Pegawai Daerah Baling Datuk Abdul Ghafar Yahya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda