Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sarawak tuan rumah Kejohanan Tinju Dunia 2024 Bulan Depan

By 9 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas (Sarawak)

KUCHING, 9 Apr (MalaysiaAktif)- Sebanyak 12 buah negara akan menyertai Kejohanan Tinju Dunia (WBC) yang akan diadakan julung kali di Malaysia bertempat di Stadium Perpaduan Sarawak, di sini pada 11 Mei 2024.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo berkata Jepun, Kazakhstan, United Kingdom, Australia, Myanmar, India, Thailand, France, Filipina, Singapura, Brazil dan penganjur Malaysia akan berentap dalam kejohanan ini.

“Ini adalah sejarah buat Malaysia dan Sarawak kerana kita telah diberikan peluang menganjurkan kejohanan antarabangsa yang akan menampilkan peninju-peninju terkenal dan profesional seluruh dunia,” kata Rahman dalam sidang media semalam.

Tambahnya, Malaysia akan diwakili petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel McDelon Bong atau lebih dikenali sebagai ‘Kilat Boy’, yang akan bertanding dalam kategori ‘Super Bantamweight’ (55.3 kilogram).

Katanya lagi, pada masa yang sama, Kejohanan Terbuka Sarawak turut diadakan dan peninju dari Sri Lanka, Singapura dan Indonesia telah mengesahkan penyertaan mereka.

“Dijangka 150 orang petinju akan turut serta kelak. Bagi pihak SABA selaku penganjur, kita akan memastikan penganjuran kedua-dua kejohanan ini, terutamanya WBC, satu kejayaan yang akan mengharumkan nama Sarawak khasnya dan Malaysia amnya,” jelasnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda