Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurWilayah Persekutuan

Pasar Chow Kit Mula Sesak Menjelang Aidilfitri

By 9 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Irina Abd Samad/Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Pasar Jalan Raja Bot atau lebih dikenali Pasar Chow Kit yang terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur terus menjadi tumpuan warga ibu kota setiap kali menjelang Aidilfitri.

Seperti lazimnya, di sinilah orang ramai serbu membeli barangan mentah untuk menyediakan juadah raya meraikan ketibaan 1 Syawal.

Tinjauan mendapati proses jual beli di Pasar Chow Kit berjalan lancar dan para peniaga turut menawarkan bahan mentah yang segar pada harga yang berpatutan.

Rata-rata pengunjung dilihat membeli barangan basah seperti ayam dan daging untuk dibuat rendang, selain kelengkapan membuat ketupat dan juadah raya yang lain.

Mashita Bashir, peniaga, berkata, jualan daging, ayam dan telur amat menggalakkan.

“Selalunya waktu petang orang ramai akan datang membeli,” katanya.

Mohammad Faizal, 45, berkata, dia berbelanja kira-kira RM400 untuk membeli barangan basah dan kering untuk kegunaan seminggu.

“Pasar Chow Kit banyak pilihan dan harga pun berpatutan. Kita boleh memilih ikut bajet masing-masing,” katanya.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda