Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sejuk Berbuka Puasa Sajikan Kelainan Iftar Cameron Highlands

By 3 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Intan Saziana (Cameron Highlands)

CAMERON HIGHLANDS, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Iftar Perdana di Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), di sini semalam berjaya menarik perhatian penduduk setempat,

Seramai 400 orang hadir dalam program anjuran Masjid Abu Bakar, Tanah Rata bersama Komuniti MADANI Puncak Arabella dan agensi-agensi kerajaan di daerah Cameron Highlands.

Salah seorang penduduk tempatan yang ditemui, Wan Azmira Wan Abd Jamal, 42, Iftar Perdana kali ini sangat menarik kerana diadakan di kawasan yang terbuka dengan cuaca sejuk di sini.

“Saya berasa sangat teruja kerana dapat bersama-sama menyertai program yang julung kalinya diadakan pada bulan Ramadan ini.

“Berbuka puasa secara terbuka sambil menikmati udara sejuk dan nyaman yang melambangkan identiti Cameron Highlands merupakan kelainan di daerah ini,” katanya.

Tambahnya lagi, program seperti ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat.

“Sambutan iftar ini sangat meriah dan ramai yang membawa keluarga bersama-sama di padang ini,” ujarnya.

Turut hadir Pegawai Daerah Cameron Highlands Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda