Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Agihan Bubur Lambuk di Telaga Gajah Meriah

By 3 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Azian Saad/Mohamad Azam Mat Awi (Pendang)

PENDANG, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Bulan Ramadan sememangnya sinonim dengan aktiviti gotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.

Tidak mahu melepaskan peluang bersedekah di bulan Ramadan, Group Facebook Pendang (GFB Pendang) dengan kerjasama Sukarelawan Human Encourage Recycling Outcome (HERO) Majlis Daerah Pendang (MDP) turut mengambil kesempatan ini dengan menganjurkan Program Tahunan Agihan Bubur Lambuk di Telaga Gajah, di sini semalam.

Program yang disertai Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Daerah Pendang, Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA) serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Daerah Pendang telah berkumpul di perkarangan Telaga Gajah seawal pukul 10.00 pagi bagi sama-sama bergotong-rotong menyediakan bubur lambuk sebelum mula diedarkan pada pukul 5.00 petang.

Menurut wakil Sukarelawan HERO MDP Mohd Rizam, program ini dilaksanakan setiap tahun bagi berkongsi rezeki bersama penduduk setempat.

“Selain daripada edaran bubur lambuk, kami juga mengadakan majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah di sini,” katanya.

Edaran bubur lambuk telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pendang Nasrun Datuk Mohd Sheriff di sekitar kawasan Telaga Gajah.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda