Laporan/foto: Zurina Saad/Norhayani Hashim (Kuala Muda)
SUNGAI PETANI, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 120 orang asnaf dari sekitar Parlimen Sungai Petani telah diraikan oleh TNB Kedah/Perlis dalam satu majlis di salah sebuah hotel di sini hari ini.
Pengurus State Stakeholder Kedah/Perlis, Abdul Manaf Othman berkata, sumbangan berupa wang tunai dan barangan asas seperti barangan keperluan harian itu merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada bulan Ramadan ini.
“Kami di TNB sangat bersyukur dapat bekerjasama dengan Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani untuk program bersama komuniti seperti ini lebih-lebih lagi dapat meraikan asnaf dan iftar bersama-sama,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan.
Hadir bagi menyampaikan sumbangan ialah Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Ahli Parlimen Sungai Petani Dr.Mohamed Taufik Johari.
-AA-