Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)
KEMAMAN, 4 April (Malaysiaaktif) – Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah 40 penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Al-Munawwarah dan Rumah Anak-Anak Yatim Al-Hijrah, apabila diraikan pada majlis berbuka puasa di sebuah warung di sini, semalam.
Pengusaha Warung Ewan Mee Celoop Qelate, Ashirah Abdul Halim, 40, berkata, majlis berbuka puasa itu adalah acara tahunan bagi meraikan dan berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim.
“Ketika yang lain bergembira dapat berkumpul bersama keluarga tercinta ada di antara mereka ini yang merasai kehilangan jadi kita ingin meraikan anak-anak ini dengan harapan dapat mengembalikan senyuman mereka,” katanya.
Nur Adila Hasmawi, 11, mengucapkan terima kasih kepada pemilik Warung Ewan Mee Celoop Qelate yang sudi menjemputnya dan anak yatim lain untuk berbuka puasa dan berdoa agar Allah SWT mengganjari kebaikan tersebut.
-AA-