Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Cacat Penglihatan Bukan Halangan Sertai Pertandingan Memanah

By 4 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Shaik Mohd Fikri Shaik Ismail (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Cacat penglihatan bukan penghalang bagi 40 orang ahli Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS) Wilayah Terengganu menyertai pertandingan memanah, di sini hari ini.

Pengerusi PERTIS Wilayah Terengganu Mohd Fauzi Mansor, berkata ahli PERTIS begitu teruja dan bersemangat setiap kali menyertai pertandingan memanah.

Mohd Fauzi mengharapkan kerjasama agensi dan jabatan kerajaan dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Saya bersyukur dengan adanya kolaborasi PERTIS bersama agensi dan jabatan kerajaan membuktikan bahawa golongan Orang Kurang Upaya (OKU) seperti kami ini tidak tersisih di mata masyarakat.

“Sukan memanah untuk golongan OKU ini diharap dapat merealisasikan visi dan misi persatuan untuk melahirkan lebih ramai atlet memanah dalam kalangan orang cacat penglihatan sekali gus membolehkan Terengganu menjadi pelopor kepada sukan berkenaan,” katanya ketika menghadiri program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komunti MADANI Telaga Daing, di sini.

Menurut Nurul Shahida, pertandingan memanah ini memberi motivasi dan semangat menjalani kehidupan seharian meskipun berstatus OKU.

Peserta Nurul Shahida Zainun Abidin, 25, berkata aktiviti bersukan untuk golongan OKU penglihatan agak terhad namun dengan adanya sukan memanah, ini membantu mereka mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih bermanfaat.

Katanya, walaupun mencabar tetapi memberi kepuasan dan keseronokan apabila anak panah yang dilepaskan mengena ke arah sasaran dan pada masa yang sama kami dapat menjiwai sukan memanah ini seperti insan normal yang lain,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda