Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kutu Muhibah Erat Ikatan Perpaduan

By 4 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

PASIR MAS, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Permainan kutu adalah satu permainan yang menggunakan wang untuk menabung secara berkumpulan.

Ahli-ahli kumpulan akanu membuat undian untuk menentukan giliran mendapatkan wang.

Ketua atau digelar ‘ibu kutu’ bertanggungjawab dalam memastikan setiap ahli membayar wang seperti yang dijanjikan dan diagih kepada ahli mengikut giliran.

Mohd Asri Awang sedang menerangkan syarat dan peraturan permainan kutu kepada ahli.

Mohd Asri Awang sedang menerangkan syarat dan peraturan permainan kutu kepada ahli.Persatuan Anak Kangkong dan Rakan Akrab (PAKRA) Pasir Mas telah menganjurkan kutu muhibah bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk tempatan serta membantu mereka yang terdesak untuk menggunakan wang.

Menurut pengerusinya, Mustapha Samad, 67, beliau dan beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) PAKRA berbincang mengadakan permainan ini yang secara tidak langsung akan menyatupadukan dan mengeratkan ikatan ukhuwah penduduk kampung.

“Saya bersama beberapa AJK PAKRA berbincang dan memutuskan perlu ada satu platform bagi mengeratkan semangat kerjasama dan sikap toleransi antara penduduk kampung.

“Daripada itu lahirlah idea untuk mengadakan permainan kutu dengan bayaran RM50 satu kepala,” kata pesara guru berkenaan.

Ucapan Pengerusi PAKRA Mustapha Samad.

Sementara itu, Mohd Asri Awang, 60, berkata program ini mendapat sambutan menggalakkan

“Penyertaan melebihi sasaran sehingga terpaksa dipecahkan kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan ada 24 orang ahli termasuk seorang kepala kutu,” katanya.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Chetok Zuraiddin Abdullah di Kedai Paksu Awang, Kangkong, di sini kelmarin.

Seramai 200 orang penduduk dari enam buah kampung iaitu Kampung Kenjong, Kampung  Kangkong, Kampung  Kelar Godel, Kampung Buloh Melintang, Kampung Semubar dan Kampung Keranji hadir di program tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda