
Laporan/foto: Zamri Abd Razak/Maherah Marina Mahusein (Kuala Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Komuniti MADANI Losong Panglima Perang mengambil inisiatif menganjurkan program bersama penduduk kampung dan golongan asnaf sempena sambutan Aidilfitri bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Panglima Perang, di sini kelmarin.

Pelbagai juadah istimewa raya disajikan kepada tetamu jemputan
Ketua Komuniti Kuala Terengganu Hadrazi Harun berkata, penganjuran majlis ini memberi peluang kepada golongan asnaf meraikan sambutan Aidilfitri bersama masyarakat setempat.
“Program ini tidak dapat dijalankan tanpa bantuan semua pihak terutamanya Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu dan agensi-agensi lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung,”katanya.
Pada hari ini juga, Komuniti Panglima Perang telah menyumbangkan 20 bakul makanan kepada golongan asnaf yang terpilih.

Hadrazi beramah mesra bersama komuniti yang hadir
“Berkat kerjasama oleh semua pihak kami dapat berganding bahu dalam menganjurkan program ini dan saya berterima kasih atas kerjasama yang diberikan termasuk daripada Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu serta agensi lain yang terlibat,” ujarnya.
Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu Rusmiza Anuar.
-AA-