Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kem Kenegaraan Madani Mahasiswa Bina Jati Diri Pelajar

By 14 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lina Shukri (Perak)/PUO

HULU LANGAT, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 40 orang mahasiswa Politeknik Ungku Omar (PUO) menyertai Kem Kenegaraan Madani Mahasiswa Siri 3 di Institut Latihan Dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), di sini kelmarin.

Aktiviti luar dewan perkukuh jalinan kerjasama peserta.

PUO dalam satu kenyataan, berkata matlamat program tersebut adalah untuk memperkasa ilmu khususnya kepada agen dakwah YADIM berkaitan kenegaraan serta membentuk pemikiran sahsiah yang holistik bertepatan Maqasid Syariah sejajar dengan gagasan Malaysia Madani.

“Para peserta mengikuti pelbagai pengisian dalam dan luar dewan bagi memberi pengalaman serta ilmu yang optimum sepanjang program berlangsung,” jelas kenyataan tersebut.

Antara pengisian lain buat peserta dalam merapatkan ukhwah.

Program tiga hari dua malam bermula 10 hingga 12 Mei itu telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM Shahrizal Mat bersama pegawai dari Asatizah Negeri Selangor (ANAS).

Hadir sama Pengarah ANAS Ustaz Marwan Bukhari Abd Hamid dan Penasihat Rakan Siswa YADIM PUO Ustaz Mohd Rosdi Ripin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda