Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lori Minyak Sawit Terbalik, Tiada Gangguan Bekalan Air

By 20 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/LUAS

SHAH ALAM, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Sebuah lori tangki muatan minyak kelapa sawit terbalik di kilometer 36.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menyebabkan berlaku tumpahan minyak ke dalam longkang berhampiran dalam kejadian pukul 3.30 petang semalam.

Minyak sawit yang mengalir ke dalam longkang berjaya dihalang daripada mengalir ke sungai berpotensi berlaku pencemaran.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor Jamaliah Jamaluddin, berkata susulan kejadian berkenaan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan pengendali KLK, ANIH Berhad telah mengambil tindakan segera mengawal tumpahan berkenaan.

“Kerja pembersihan dan penyedutan sisa tumpahan minyak serta pengalihan kenderaan terlibat serta kawalan aliran trafik dibantu oleh pihak polis.

“Pasukan LUAS memantau rapi kerja-kerja pembersihan dan penyedutan tersebut sehingga selesai pada jam 2.30 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, secara keseluruhannya tiada gangguan kepada operasi loji rawatan air (LRA) dilaporkan.

Pihak LUAS dan ANIH Berhad berusaha melakukan kerja pembersihan dan menyedut sisa minyak sawit yang tumpah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir dalam satu kenyataan memaklumkan lori tangki berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 50 tahun dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang.

“Semasa sampai di tempat kejadian keadaan ketika itu hujan lebat, tiba-tiba lori tangki berkenaan hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri.

“Bagaimanapun pemandu lori tidak mengalami kecederaan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda