Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

POLYCC Perkasa Kemahiran, Pemangkin Celik Pendidikan TVET

By 4 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Seman Wan Bedollah/Azmi Abd. Rahman (Machang)

MACHANG, 04 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) buat julung kali melaksanakan program Community Engagement: POLYCC Bonding 2024 di Negeri Kelantan.

KPT melalui Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) menyediakan banyak pengajian berteraskan Pendidikan dan Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menekankan kemahiran teknologi dan vokasional seiring dengan kehendak industri.

Ucapan oleh Pengarah Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Azirin Abdul Azizi

Menurut Pengarah Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, KPT, Azirin Abdul Azizi, lepasan Politeknik dan Kolej Komuniti merupakan penyumbang besar kepada tenaga kerja TVET negara.

“Sehingga kini sebanyak 36 buah Politeknik dan 105 Kolej Komuniti di seluruh negara dengan pelajar sedia ada seramai 96,000 orang. POLYCC juga bakal menyediakan sebanyak 40,000 tempat kepada calon yang layak.

“Sebagai projek rintis, POLYCC memilih Masjid Pangkal Meleret sebagai lokasi pertama dan sebanyak 10 siri jelajah seumpama ini akan dilaksanakan di seluruh negara’, ujarnya.

Program ini, merupakan inisiatif untuk memperkasa sektor industri negara dan memberi peluang kepada generasi muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menambah ilmu dan memperkasa bidang kemahiran seiring perkembangan pesat teknologi terkini, kata Ketua Jajahan Machang, Mohd Zamri Ibrahim semasa perasmian penutup program tersebut.

Pelajar yang hadir teruja mendengar penjelasan berkaitan Kursus Animasi 3D yang disampaikan oleh Ketua Program Diploma Animasi 3D, Kolej Komuniti Besut iaitu TS. Zaihairun Zulkifli

TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri bertujuan menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.

Antara bidang kursus yang ditawarkan ialah Energy Saving For Community, Agroteknologi (Cendawan), Canting Batik, Solekan Siang, Tiktok Marketing dan Capcut, Pizza Jangok Viral, Manik 3D, Lukisan Karektor Kartun dan Figura dan sebagainya.

Turut hadir Pengarah Politeknik, Pengarah Kolej Komuniti Zon Kelantan dan Terengganu serta Pengerusi Jawatankuasa Masjid Pangkal Meleret, Kasyfurrahman Asyaari.

-AA-

Tinggalkan komen anda