Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Anak Peneroka Berjaya Mengusahakan Tapak Perkhemahan

By 4 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Amirul Faisal Rastan (Gua Musang)

Gua Musang, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Siapa sangka hasrat untuk membangunkan kawasan terbiar dan hutan di kawasan felda menjadi kawasan ‘hotspot’ pengunjung.

Azilah Campsite diusahakan oleh anak peneroka di Kawasan Felda Gua Musang yang terletak di Felda Perasu.

Azilah anak peneroka dan usahawan Azilah Campsite

Tapak perkhemahan pertama ini mempunyai jarak lebih kurang 50 kilometer dari Gua Musang dan pelbagai aktiviti serta kemudahan ditawarkan seperti homestay, trek ATV, tapak perkhemahan, Tiny House dan kolam renang.

Menurut anak peneroka dan juga usahawan Azilah Campsite, Wan Nor Azilah Wan Dollah berkata pada awalnya untuk mengusahakan perniagaan ini banyak cabaran yang dilalui dan memerlukan modal perbelanjaan yang agak tinggi.

“Tapak perkhemahan ini masih di dalam proses pembangunan dan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang Jun ini.

“Saya bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga, Felda, Kelab Anak Felda (KAF) dan pemimpin tempatan, kalau ikutkan modal sahaja sudah mencecah RM400,000,” katanya.

Pemandangan yang indah serta makanan yang sedap disajikan

Menurut anak tempatan, Fauzi Mohd Yusof, 67 berkata beliau amat berbangga dengan usaha Azilah menaikkan nama Felda Perasu dan tempat ini perlu dikunjungi bagi pengunjung yang suka menikmati keindahan pemandangan terutama di waktu pagi.

“Kawasan ini bukan hanya sekadar tapak perkhemahan tetapi pengunjung juga boleh datang mandi manda di kolam renang yang kini menjadi tarikan pengunjung ke Felda Perasu yang sebelum ini kurang kenali oleh orang ramai,” katanya.

Azilah Campsite mengharapkan kehadiran pengunjung mampu membantu menaikkan sektor pelancongan di Gua Musang dan terus menjadi daya tarikan pengunjung sama ada dari dalam dan luar negara.

-AA-

Tinggalkan komen anda