Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

RM2.5 Juta Bantu Usahawan Automotif Bumiputera di Terengganu

By 14 Mei 2024Mei 24th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amiruddin Ishak

KUALA NERUS, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan menerusi Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA – PETRONAS (PUMP) telah memperuntukkan RM2.5 juta untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing khususnya usahawan bumiputera agar lebih kompetitif di pasaran.

Program kolaborasi antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn. Bhd. (PLMM) itu bermatlamat memperkasa usahawan bumiputera dalam industri ekosistem automotif, meningkatkan daya saing serta meningkatkan kebolehpasaran dan imej bengkel bumiputera.

Pengerusi MARA Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, berkata peruntukan itu disalurkan untuk membantu tujuh usahawan bagi membuka pusat servis kenderaan di negeri Terengganu menerusi jenama AutoExpert.

“Saya berharap semua usahawan bumiputera di negeri ini merebut peluang menyertai program PUMP bagi mengembangkan perniagaan masing-masing kerana ia merupakan satu peluang yang cukup lumayan.

“Melalui program ini, usahawan yang terpilih akan menyertai pelbagai modul seperti Latihan Keusahawanan, Latihan Perniagaan, Jaringan Perniagaan dan Pemasaran dan khidmat nasihat serta pemantauan berkala oleh MARA dan PLMM,” katanya, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda