
Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah (Seberang Perai Selatan)
SUNGAI ACHEH, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Program Jiwa Madani yang berlangsung di Kampung Sungai Udang, di sini kelmarin sarat dengan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada semua yang hadir.

Sambutan memberansangkan penduduk di program JIWA Madani.
Menurut Penyelaras Komuniti Madani Sungai Udang Mahyuddin Abd Rani, tujuan program ini adalah untuk mempereratkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat serta menyebarkan maklumat penting mengenai dasar-dasar dan inisiatif kerajaan yang memberi impak terus kepada masyarakat.
“Acara-acara seperti sukaneka, senamrobik dan pertandingan memasak telah diadakan.
“Tetapi yang paling menarik perhatian adalah taklimat daripada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai penstrukturan semula akaun ahli,” katanya.

Ucapan perasmian oleh Rashidi.
Penstrukturan akaun KWSP yang telah bermula sejak 11 Mei lalu dengan pengenalan Akaun Fleksibel telah mencuri perhatian ramai.
Rata-rata penduduk dan orang awam yang hadir tidak melepaskan peluang untuk memberikan reaksi dan pertanyaan berkaitan isu ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh Rashidi Zainol.
-ZS-