Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Ummah Berkualiti, Komuniti Robani Teras Kejayaan

By 12 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Pasir Mas)

PASIR MAS, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Menghayati cara hidup Islam, perkongsian ilmu dan asas pengetahuan agama serta sikap bertolak ansur menjadi teras kejayaan komuniti penduduk setempat melalui Program Bina Ummah.

Ustaz Abdul Fatah Jaafar sedang menyampaikan ceramah Gaya Komuniti Robani

Menurut imam Masjid Mahmudi, Mukim Kangkong, Pasir Mas, Haji Zulkifli Yahya, 50, berkata bagi mencapai matlamat tersebut, semua ahli kariah dan jemaah masjid mengadakan Program Bina Ummah keilmuan untuk memantapkan diri dan keluarga.

“Alhamdulillah program yang diadakan pagi ini mendapat sambutan luar dugaan dan ramai yang hadir bersama keluarga.

“Pendedahan dan perkongsian ilmu diberikan bagi melahirkan generasi yang berilmu dan bertakwa,” katanya.

Sementara itu Pegawai Perhubungan Masjid dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Sarjan Muhammad Aizul Mohd Ghazali, 42, menyambut baik program ini bagi menyatupadukan penduduk di semua peringkat.

“Program seperti ini wajar di buat setiap bulan bagi mengeratkan hubungan dan memupuk nilai perpaduan antara penduduk setempat dan keselamatan pun terkawal,” ujarnya.

Ketua Muslimat Jiran Wanita, Hajjah Halimah Che Mamat turut bersetuju dan berkata beliau bersama beberapa ahli wanita berpakat mengadakan program ini untuk menambah keyakinan dan memantapkan kerohanian.

Pemeriksaan kesihatan dan permainan tradisional turut diadakan

“Mama selalu buat program keagamaan seperti bacaan Yasin, kelas Tadabur Al- Quran, mempelajari tajwid Al-Quran dan sebagainya bagi meningkatkan kefahaman bacaan Al-Quran,” katanya yang lebih selesa dengan panggilan mama.

Ceramah agama sampaikan oleh Ustaz Abdul Fatah Jaafar dari Institut Latihan Darulnaim (ILD) bertajuk Gaya Komuniti Robani sebagai pengisian program yang dianjurkan oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok, ahli jawatankuasa Masjid Mahmudi, dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kangkong dan dirasmikan oleh ADUN Chetok, Haji Zuraidin Abdullah.

-AA-

Tinggalkan komen anda