Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Fahmi Tegaskan Kepentingan Kerjasama Komuniti MADANI Tangani Berita Palsu

By 7 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufian Rashid/Shamsul Bahari Abdul Shukor

GEORGE TOWN, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menghadiri Program Sembang Santai bersama lebih 30 orang wakil Komuniti MADANI dari seluruh Pulau Pinang, di mana beliau menekankan peranan penting komuniti dalam memerangi penyebaran berita palsu di media sosial, di sini, kelmarin.

Perkongsian serta taklimat kepada ahli-ahli Komuniti Madani

Dalam ucapannya, Fahmi berkata kerjasama erat antara kerajaan dan Komuniti MADANI amat penting bagi memastikan maklumat yang disampaikan kepada rakyat adalah tepat.

“Jika terdapat keraguan terhadap kesahihan sesuatu berita, rujuklah kepada Jabatan Penerangan atau pihak berkuasa yang sah,” katanya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Julina Johan serta Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang, Hasmiza Hussin.

Komuniti MADANI berfungsi sebagai badan sukarela pelbagai kaum untuk memperkasa usaha penyaluran maklumat yang tepat, dasar dan inisiatif kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.

-AA-

Tinggalkan komen anda