Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

120 Pelajar IPGM Kampus Perlis Sertai Simulasi PPS

By 10 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 10 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 120 orang pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perlis telah menyertai program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) 2024 dan Pasukan Sukarelawan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis.

Simulasi cara-cara pengurusan PPS turut didedahkan untuk para sukarelawan.

Menurut Timbalan Pengarah IPGM Perlis Mohd Fazli Mohd Saleh, program ini bertujuan untuk memberikan pemahaman mendalam kepada pelajar tentang prosedur dan pengurusan PPS dalam menghadapi situasi bencana.

“Melalui simulasi ini, para pelajar dapat mempersiapkan diri dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai sukarelawan di PPS, dengan mengaplikasikan tindakan pantas dan tepat yang diperlukan dalam situasi kecemasan,” ujarnya, di sini semalam.

Program selama satu hari anjuran Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) Negeri Perlis dengan kerjasama IPGM Perlis tersebut di isi dengan sesi taklimat mengenai pengurusan mengadapi bencana banjir oleh agensi agensi di bawah pengurusan bencana negeri Perlis seperti JKM Perlis, Angkatan Pertahanan Awam Perlis dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

“Selain itu, Pasukan Sukarelawan Pelajar IPG yang kita laksanakan ini bertujuan untuk memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan pelajar,” ujarnya.

Para peserta bergambar kenangan selepas selesai program.

Tambahnya, program ini menggalakkan mereka untuk menyumbang tenaga dan bakti kepada masyarakat serta melatih mereka dalam kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan dan komunikasi yang berkesan dalam profesion perguruan.

Sementara itu, Pengarah JKM Negeri Perlis Ku Chik Ku Mat Esa, berkata melalui latihan ini para pelajar bukan sahaja mendapat pendedahan tentang aspek-aspek pengurusan tempat perlindungan tetapi juga mengasah kemahiran komunikasi dan empati.

-ZS-

Tinggalkan komen anda