Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

47 Kes Kanak-Kanak Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan di Labuan pada 2024

By 13 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 13 Nov (Malaysiaaktif) – Sebanyak 47 kes melibatkan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan telah direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan sepanjang tahun ini.

Menurut Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Datuk Che Murad Sayang Ramjan, kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak semakin meningkat dan mendapat liputan meluas di media massa, elektronik serta media sosial.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Abidin Marjan (dua dari kanan) menerima cenderahati daripada Che Murad.

“Hal ini menunjukkan bahawa masih berlaku kes-kes melibatkan pemeliharaan dan perlindungan terhadap kanak-kanak dan memerlukan perhatian serta tindakan kepada semua.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak akan mampu menangani kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak di Malaysia tanpa bantuan agensi kerajaan yang lain serta bantuan daripada anggota nasyarakat khususnya Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta semua komuniti masyarakat yang lain,” katanya semasa melancarkan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2024, di sini pagi tadi.

Jelasnya, program itu merupakan inisiatif KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani dan mencegah berlakunya penderaan dan pengabaian kanak-kanak sehingga membawa kepada kematian.

“Pada tahun 2024, sasarannya adalah sebanyak 300 buah sekolah yang akan melaksanakan program ini serta memberi manfaat kepada 150 ribu kanak-kanak seluruh Malaysia.

Para tetamu jemputan bergambar kenangan bersama kanak-kanak dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan.

“Alhamdulillah sasaran ini berjaya dicapai dengan kerjasama semua pihak iaitu sebanyak 109 peratus. Sehingga 5 November 2024, sebanyak 327 buah sekolah telah melaksanakan program advokasi ini serta memberikan manfaat kepada 174,079 kanak-kanak,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda