Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

APMM Labuan Tahan Bot Bawa Penumpang Tanpa Lesen

By 25 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Zon Maritim Labuan

LABUAN, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan menahan sebuah bot penumpang di kedudukan 0.10 batu nautika dari Timur Dermaga Liberty Baru, Labuan lebih kurang pukul 9.50 pagi semalam.

Nahkoda serta bot ditahan untuk siasatan lanjut.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Maritim Izwanhadi Idros, berkata rondaan OP SEJAHTERA di sekitar perairan Labuan telah menahan sebuah bot penumpang dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan secara menyeluruh mendapati bot tersebut membawa penumpang dari Menumbok ke Labuan dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 dan Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga 2008 (Kapal Kecil Berlesen Sabah) iaitu berlayar keluar dari had pelayaran yang dibenarkan dan salah guna lesen (membawa penumpang).

Bot yang membawa penumpang tanpa lesen.

“Nahkoda serta bot ditahan dan diringi ke Jeti Zon Maritim Labuan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda