Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Mohd Shahrizan Shahabudin (Seberang Perai Selatan)
NIBONG TEBAL, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Karnival Usahawan 2024 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa, berlangsung meriah kelmarin di perkarangan sekolah tersebut.
Menurut Guru Besar Siti Nor Salleh, karnival ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur.
“Pengunjung dapat menikmati pameran jabatan kerajaan, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), pelbagai gerai jualan makanan dan minuman, permainan soopa doopa untuk kanak-kanak serta rumah hantu yang mendapat sambutan hangat,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Sunny Home Sdn. Bhd. dan semua pihak yang membantu dalam menjayakan karnival ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Urusan Sunny Home Sdn. Bhd. Ir. Ts. Yeoh Pheng Seah yang turut memuji usaha pihak sekolah memupuk minat pelajar terhadap keusahawanan.
“Saya optimis bahawa pendedahan awal seperti ini mampu melahirkan generasi usahawan muda yang berjaya pada masa depan,” katanya.
-ZS-