Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Masyarakat Islam Semakin Yakin dengan MAIWP

By 25 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Masyarakat Islam dilihat semakin yakin dengan peranan yang dimainkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam membangunkan golongan asnaf.

Penyampaian bantuan komputer riba.

Menurut Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer genap lima dekad penubuhannya, MAIWP menjadi sebuah agensi yang begitu dekat dengan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.

“Keyakinan itu dapat dilihat menerusi jumlah kutipan pembayar zakat keseluruhan di Wilayah Persekutuan lebih satu bilion ringgit tahun lepas.

“Jumlah kutipan zakat bermula Januari hingga November 2024 mencecah lebih RM700,000, agihan zakat keseluruhan juga melebihi kutipan iaitu hampir RM880,000,” katanya semasa merasmikan Penutupan Karnival 50 Tahun MAIWP Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di sini petang semalam.

Tambahnya, sehingga Oktober lalu sebanyak RM68.6 juta disalurkan kepada penerima bantuan di Labuan.

Penyampaian Bantuan Gerobok Rezeki Universiti Wilayah Persekutuan Labuan bernilai RM1 juta.

Pada majlis itu, turut diadakan penyampaian bantuan komputer riba kepada 110 mahasiswa dalam kalangan asnaf di Labuan dengan nilai keseluruhan RM385,330 dan agihan Bantuan Gerobok Rezeki Universiti Wilayah Persekutuan Labuan bernilai RM1 juta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda