Laporan/foto: Ahmad Syafri Husnaini/Angkatan Tentera Malaysia
HULU TERENGGANU, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melaksanakan tugas membantu mangsa banjir dalam usaha membersihkan kediaman yang terjejas akibat bencana banjir di Perumahan Felca Gunung Menerong, Hulu Berang, di sini hari ini.
Pasukan ATM yang terdiri daripada dua pegawai dan 10 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Mejar Mohd Shahril Usof terlibat dalam kerja-kerja pembersihan di empat buah rumah penduduk yang terjejas.
Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para) Leftenan Kolonel Mohd Ashafiq Abdul Aziz, berkata operasi ini adalah sebahagian daripada usaha ATM untuk meringankan beban penduduk yang memerlukan bantuan dalam membersihkan rumah mereka yang dilanda banjir.
“ATM sentiasa komited untuk membantu mereka yang memerlukan terutamanya dalam situasi bencana seperti ini. Ini adalah salah satu bentuk sokongan kami kepada masyarakat yang terkesan oleh bencana banjir,” ujarnya.
-ZS-