Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

DesaMall@Lipis Pusat Jualan Produk Desa Tempatan

By 12 November 20242 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhaisa Azrin/Nur Bazilah

LIPIS, 12 Nov (Malaysiaaktif) – DesaMall@Lipis yang dibuka kepada orang ramai di Bandar Lama Kuala Lipis merupakan pusat bagi usahawan desa dan tempatan mempromosikan produk mereka.

DesaMall ini yang telah memulakan operasinya pada tahun 2021 berjaya membantu ramai usahawan tempatan dalam menjana pendapat melalui jualan di sini.

Aneka barangan IKS yang boleh didapati di DesaMall@Lipis.

Menurut Pengurus Operasi DesaMall@Lipis Wan Farah A’yunie Wan Nasruddin, DesaMall@Lipis yang berada di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah berjaya memberikan peluang kepada lebih 60 orang pengusaha kecil tempatan di sekitar Lipis dan daerah berhampiran iaitu Jerantut dan Raub bagi memasarkan produk mereka dengan lebih meluas.

“Semenjak daerah Lipis diangkat sebagai Lipis Geopark, ramai pengunjung dari luar daerah atau negeri telah datang dan rata-rata pengunjung ingin mendapatkan produk tempatan bagi dijadikan buah tangan.

“Justeru, permintaan adalah semakin baik dan ia berjaya membantu menjana pendapatan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sini,” ujarnya, di sini semalam.

Tambahnya lagi, jika ada pengusaha lain yang berminat dan ingin memasarkan produk mereka, syarat wajib ialah peniaga perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai pelekat produk yang boleh berhubung terus dengan pihak mereka.

Pelbagai produk tempatan istimewa boleh diperolehi di DesaMall@Lipis ialah gula kabung, sambal hitam, produk sejuk beku, dodol, aneka biskut dan kerepek dengan harga yang berpatutan.

Tempahan hamper dan cenderamata produk IKS mendapat sambutan baik.

Selain jualan produk, DesaMall ini turut memberikan perkhidmatan bagi penyediaan hamper atau cenderahati, jambangan coklat dan bunga untuk sebarang majlis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda