Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Orang Ramai Dijemput Hadir ke 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam

By 12 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 12 Nov (Malaysiaaktif) – Rakyat Malaysia dijemput hadir ke Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang dijadual akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur mulai 22 hingga 24 November ini.

Menurut Sekretariat program bertemakan ‘MADANI di Hati, Rakyat Disantuni’, ia bertujuan untuk memberi ruang kepada rakyat agar lebih memahami usaha-usaha dan inisiatif Kerajaan MADANI, serta usaha reformasi perkhidmatan awam yang telah diterjemahkan untuk manfaat secara langsung kepada rakyat terbanyak.

“Selain itu juga, ia bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat mengenai hala tuju dan matlamat kerajaan yang berpaksikan kepentingan rakyat. Melalui laporan berkala mengenai status pelaksanaan yang telah diambil kerajaan, program ini menggalakkan ketelusan dan memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap kerajaan

“Orang awam dijemput untuk mengambil bahagian serta memberi maklum balas terus kepada jentera kerajaan bagi tujuan penambahbaikan secara berterusan, di samping memanfaatkan pelbagai perkhidmatan serta aktiviti menarik yang disediakan sepanjang penganjuran program ini kelak,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir merasmikan program tersebut pada hari Sabtu 23 November, pukul 11:00 pagi.

“Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti sesi interaktif bersama agensi kerajaan, reruai pameran yang menampilkan perkhidmatan terpilih serta padanan perniagaan, jualan MADANI, pameran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), karnival kerjaya dan pengurangan saman trafik,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda