Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Dua Beradik Maut dalam Kejadian Tanah Runtuh di Kampung Bukit Apit, Ajil

By 30 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abidin Abd Ghani/Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini kelmarin telah mengorbankan dua nyawa dan mencederakan seorang lagi mangsa.

Sebelum ini Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu menerima maklumat daripada orang awam mengenai rumah yang tertimbus tanah runtuh di kawasan tersebut yang dipercayai melibatkan tiga mangsa.

Pihak polis dan bomba segera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

Menurut laporan, kejadian berlaku sekitar pukul 4.30 petang apabila tanah di bukit belakang rumah mangsa runtuh dan menimbus bilik ketiga rumah tersebut. Pihak polis dan bomba segera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Zainul Mujahidin Mat Yudin, dalam kenyataannya, berkata seorang mangsa lelaki, Uzair Azman, 17, pengsan ketika cuba menyelamatkan adik perempuannya. Uzair telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Operasi menyelamat memerlukan usaha intensif di mana pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengelakkan sebarang impak kepada mangsa yang masih tertimbus di bawah runtuhan.

“Pada pukul 6.30 petang semalam mangsa pertama, Puteri Sajidah Azman, 16, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ajil berjaya dikeluarkan,” katanya.

Jenazah telah dihantar ke HSNZ untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, mangsa kedua Siti Fatimah Azman, 13, juga pelajar SMK Ajil berjaya dibawa keluar sekitar pukul 7.00 petang, tetapi disahkan meninggal dunia. Jenazah telah dihantar ke HSNZ untuk proses bedah siasat.

Pihak polis mengklasifikasikan kematian ini sebagai kes kematian mengejut (SDR).Kejadian ini memberi pengajaran penting kepada penduduk setempat terutama yang tinggal di kawasan cerun dan bukit untuk sentiasa berwaspada dan melaporkan tanda-tanda berbahaya kepada pihak berkuasa, terutamanya ketika cuaca hujan lebat yang berpanjangan.

Solat jenazah bagi kedua-dua beradik tersebut telah diadakan di Masjid Bukit Apit pada pukul 11.00 pagi hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda