Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

FAMA Anjur Agro Madani Khas

By 25 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

PADANG BESAR, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah melaksanakan sebanyak 13 kali Jualan Agro Madani Khas Sempadan Malaysia-Thailand melibatkan empat buah negeri yang mempunyai pintu sempadan ke Thailand iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.

Pengerusi FAMA Haji Aminuddin Zulkipli, berkata pelaksanaan Jualan Agro Madani Khas ini mencatatkan nilai jualan sebanyak RM170.112 dengan penglibatan 231 orang usahawan dan telah memberi manfaat kepada 5,670 orang pengguna dan 22,682 isi rumah dengan nilai penjimatan sebanyak RM51,033.

Terdahulu turut berlangsung penyampaian geran insentif dan bantuan FAMA bernilai hampir RM120,000 yang memberi manfaat kepada 19 orang usahawan di negeri Perlis.

“Sementara itu, di negeri Perlis,  sebanyak empat kali Jualan Agro Madani Khas Sempadan melibatkan kawasan sempadan Wang Kelian dan Padang Besar yang berjaya mencatatkan RM 51,415.

“Sepanjang pelaksanaan ini seramai 106 orang usahawan terlibat dalam memberi manfaat kepada 6,848 isi rumah dengan nilai penjimatan sebanyak RM15,425,” katanya.

Aminuddin berkata demikian ketika ditemui di Program Jualan Agro Madani Khas Sempadan dan High Profile Polising PDRM X FAMA di Padang Besar Street, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.

Perasmian Program Jualan Agro Madani Khas Sempadan dan ‘High Profile Polising’ PDRM X FAMA.

Tambahnya lagi, untuk sesi kelima, FAMA berkerjasama dengan PDRM Negeri Perlis di Padang Besar Street ini dengan menyediakan pelbagai aktiviti istimewa untuk penduduk Padang Besar seperti Jualan Barangan Keperluan Harian dengan harga jimat 10 hingga 30 peratus, jualan produk-produk Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) berasaskan Harumanis dengan penglibatan seramai 50 orang usahawan dan menyasarkan nilai jualan sebanyak RM30,000 serta sasaran seramai 40,000 orang pengunjung.

PDRM juga menyediakan ruang untuk masyarakat mendapatkan pengurangan 30 peratus diskaun saman PDRM yang dikeluarkan dalam negeri Perlis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda