Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani (Seberang Perai Selatan)
BATU KAWAN, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, semalam menganjurkan program Talks to Us di Design Village dengan matlamat memperkukuh hubungan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat setempat.
Program ini turut melibatkan kerjasama strategik dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Pulau Pinang (MCPF), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang mengadakan pameran kesedaran bahaya dadah dan Lions Club of Penang Millenium yang menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada para pengunjung.
Majlis dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Chong Boo Khim yang menekankan pentingnya hubungan strategik antara polis dan masyarakat dalam membanteras jenayah.
“Kami mengalu-alukan sokongan orang awam sebagai perantara dalam menyalurkan maklumat penting.
“Kolaborasi antara PDRM dan masyarakat mampu membentuk komuniti yang lebih harmoni dan selamat untuk didiami,” katanya.
-ZS-