Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Kerajaan Negeri Melaka Laksanakan Inisiatif Paramedik Komuniti

By 4 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Faris Suhaimi (Jasin)

JASIN, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Paramedik Komuniti kini menjadi salah satu platform Kerajaan Negeri Melaka untuk menyantuni denyut nadi rakyat.

Ucapan perasmian oleh Ngwe .

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya Ngwe He Sem, inisiatif tersebut bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan kecemasan dan menyokong masyarakat setempat khususnya di kawasan pelancongan.

“Penubuhan Paramedik Komuniti Melaka adalah hasil pembentangan Bajet 2024 dan sokongan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, seramai 30 sukarelawan paramedik akan ditempatkan di kawasan tumpuan pelancongan seperti Sungai Melaka dan lokasi-lokasi pelancongan.

“Program ini juga menekankan penglibatan anak muda dalam sukarelawan Paramedik Komuniti untuk membangunkan kemahiran kecemasan,” ujarnya.

Ngwe berkata demikian ketika mewakili Ketua Menteri Melaka merasmikan program Paramedik Komuniti Peringkat Parlimen Alor Gajah di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, di sini semalam.

Sesi bergambar bersama peserta sukarelawan Paramedik Komuniti.

“Saya berharap ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan oleh sukarelawan dan membantu komuniti menghadapi situasi kecemasan dengan lebih berkesan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda