Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Lebih 11 Juta Pelancong ke Melaka

By 4 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhaimin Amran(Melaka)

MELAKA, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Sejumlah lebih 11 juta pelancong telah berkunjung ke Negeri Melaka sempena kempen Tahun Melawat Melaka 2024 sehingga November.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, jumlah ini akan terus meningkat dalam tempoh dua bulan terakhir tahun ini.

“Kehadiran lebih ramai pelancong pastinya akan memberikan manfaat dan pulangan lebih lumayan kepada pemain industri pelancongan.

Abdul Razak merasmikan pembukaan sebuah hotel di Melaka.

“Kerancakan industri pelancongan negeri Melaka tidak terhenti pada tahun ini sahaja tetapi akan berterusan kerana Negeri Melaka akan terus menjadi tumpuan dunia apabila menjadi tuan rumah kepada World Tourism Day dan World Tourism Conference 2025,” katanya.

Menurut Abdul Razak, kedua-dua acara terbesar peringkat antarabangsa ini akan disertai oleh lebih 150 buah negara membabitkan Menteri Pelancongan, organisasi pelancongan serta peneraju utama dalam industri pelancongan global.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua tourism player (pemain industri pelancongan) khususnya pengusaha hotel supaya terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri Melaka dengan mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan yang paling utama menaikkan nama dan imej negeri Melaka sebagai negeri pelancongan terkemuka di dunia,” ujarnya ketika berucap merasmikan sebuah hotel, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda