Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Santuni MADANI Perkukuh Hubungan Pemimpin dan Komuniti

By 4 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (LMS)/Jabatan Audit Negara

TAIPING, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) Jabatan Audit Negara 2024 di Zoo Taiping Night Safari, di sini kelmarin memperkukuh hubungan antara pemimpin dan komuniti setempat.

Wan Suraya menyerahkan Bungkusan Rahmah kepada keluarga yang memerlukan.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tupai Khadijah Nordin, program ini memberi peluang kepada penduduk untuk berjumpa sendiri dengan Ketua Audit Negara.

“Selain dapat melakukan aktiviti bersama, pelbagai isu berbangkit dapat diajukan dan syukur isu ini diambil maklum oleh pihak jabatan tersebut.

“Sesi libat urus antara Ketua Audit Negara dengan penduduk setempat misalnya dapat mengenal pasti masalah sosioekonomi dan keperluan penduduk di dua kawasan berdekatan iaitu Kampung Pokok Assam dan Kampung Tupai,” katanya.

Datuk Wan Suraya turut menyertai senamrobik sempena Program Santuni MADANI Jabatan Audit Negara 2024.

Turut berlangsung penyampaian sumbangan Bungkusan Rahmah kepada 30 keluarga pelbagai kaum terdiri daripada golongan memerlukan.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh, Pegawai Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama (LMS) Mohd Nasrul Menhat dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda