Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Mercedes-Benz AG Buka Pusat Logistik Komponen Rantau Asia di Johor

By 8 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Aidil Md Lazim (Kulai)

KULAI, 8 Nov (Malaysiaaktif) – Pembangunan Pusat Logistik Komponen Rantau Asia Mercedes-Benz AG membuktikan inisiatif Kulai Fast Lane (KFL) mampu menarik pelaburan berimpak tinggi ke Johor.

Sekitar lawatan tapak ke kawasan gudang oleh Onn Hafiz bersama Klaus Ziemsky.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pembukaan fasiliti canggih di pusat logistik ini akan mengukuhkan lagi ekonomi Johor dengan jangkaan nilai pelaburan mencecah sehingga RM1.5 bilion di negeri ini.

“Kemudahan ini bukan sahaja mengukuhkan peranan Johor sebagai hab logistik utama di Asia Tenggara tetapi juga memupuk pembangunan kemahiran dan menyediakan peluang kerjaya yang berharga untuk rakyat di Johor,” katanya ketika merasmikan pembukaan Pusat Logistik Komponen Rantau Asia di Senai Airport City, di sini semalam.

Tambah Datuk Onn, kemudahan baru ini dibina di atas keluasaan binaan sekitar 62.2 ekar dan mengambil tempoh 23 bulan untuk disiapkan.

Sesi pembentangan peristiwa penting bagi Pusat Logistik Komponen Rantau Asia Mercedes Benz oleh wakil Mercedes-Benz AG.

Turut hadir Pegawai Daerah Kulai Fizwan Mohd Rashidi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai Mohd Fahmi Salam dan Ketua Operasi Pusat Logistik Komponen Mercedes Benz Klaus Ziemsky.

-ZS-

Tinggalkan komen anda