Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

PHT Perkukuh Kerjasama bersama 30 Agensi dan Industri, Lahirkan Graduan Berkualiti

By 7 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz/Politeknik Hulu Terengganu

HULU TERENGGANU, 7 Sep (Malaysiaaktif) – Politeknik Hulu Terengganu (PHT) semalam mengumumkan kerjasama strategik bersama 30 agensi dan pihak industri bertujuan untuk menghasilkan graduan yang lebih kompeten dan bersedia menghadapi cabaran industri masa kini.

Program PHT Industrial Sinergy 1.0 2024 turut dihadiri oleh kira-kira 200 pelajar PHT.

Majlis menandatangani sijil kolaborasi tersebut disempurnakan oleh Pengarah PHT Azahan Daud sempena program PHT Industrial Synergy 1.0 anjuran Corporate, Industrial, Services and Employability Centre (CISEC) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Menurut Azahan, kolaborasi ini adalah langkah penting dalam memastikan silibus dan kurikulum di PHT tetap relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri terkini serta memberi peluang kepada pelajar untuk menjalani latihan industri yang dapat meningkatkan peluang mereka untuk diserap dalam industri.

“Antara agensi dan industri yang terlibat dalam kolaborasi ini termasuk institusi penting dari sektor pelancongan, hospitaliti, perakaunan dan pelbagai industri lain di seluruh negara.

Turut diadakan Majlis Dialog bersama pihak industri.

“Melalui kerjasama ini, kami dapat memperkukuh pengajaran dan pembelajaran di PHT dengan penglibatan pakar industri selaras dengan Teras Strategik kelima JPPKK iaitu memperkukuh kolaborasi industri dan komuniti,” ucapnya lagi.

Azahan turut berharap agar aktiviti kolaborasi berimpak tinggi yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Turut hadir dan merasmikan program Timbalan Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, JPPKK Asnizah Sahekhaini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda