Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Bas.My Beroperasi di Seremban Dipantau melalui GPS

By 12 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Vasugi Uttandisamy/Facebook JPJ Negeri Sembilan

SEREMBAN, 12 Dis (Malaysiaaktif) – Perkhidmatan Bas.My di daerah ini mula beroperasi dengan perjalanan bas-bas mini yang mengurangkan kos dan operasi serta mudah dikendalikan.

Anthony Loke sempat beramah mesra dengan orang ramai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, berkata Bas.My akan dipantau melalui Sistem Kedudukan Global (GPS) dari segi ketersediaan perkhidmatan dan ketepatan masa.

Menurutnya, Bas.My telah memperkenalkan dua jenis produk Pas Perjalanan untuk penumpang yang menaiki bas tersebut.

“Produk yang pertama adalah Pas Perjalanan Tanpa Had yang bernilai RM50 untuk tempoh 30 hari. Pas ini boleh dilanggan hanya dengan menggunakan MyKad atau MyTentera sahaja. Pas ini membantu menjimatkan kos perjalanan penumpang Bas.My.

“Selain itu, satu lagi produk adalah Kad Konsesi. Kad ini memberi kemudahan tambang percuma khusus untuk kategori Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan juga pelajar sekolah,” katanya semasa merasmikan program di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, di sini kelmarin.

Majlis Pelancaran Bas.My di Dewan Majlis Bandaraya Seremban.

Katanya lagi, bas-bas yang digunakan ditambah dengan ciri-ciri keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau keselamatan penumpang serta dilengkapi paparan LED bagi memaparkan nombor dan destinasi bas.

Salah seorang pengunjung program Shanmugam Murugiah, 64, melahirkan rasa gembira dan puas hati dengan inisiatif kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat.

“Produk-produk yang diperkenalkan juga banyak membantu warga emas, warga OKU dan pelajar sekolah,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda