Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Kawasan Luar Jelapang Padi perlu Sistem Pengairan Lebih Baik

By 8 Disember 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berharap kawasan luar jelapang padi seperti di Terachi perlu mendapat sokongan sistem pengairan yang lebih baik.

Mohamad Sabu mencuba teknik penanaman padi,

“Kawasan sawah padi di Terachi yang berkeluasan 1,828 hektar ini berpotensi dimajukan sebagai pengeluar padi utama di Negeri Sembilan.

“Usaha meningkatkan produktiviti padi, serta perlu pendekatan proaktif seperti mengambil tanah terbiar dan dijadikan sebagai kawasan pertanian bagi menyahut saranan kerajaan dalam meningkatkan keterjaminan makanan,” katanya.

Mohamad Sabu berkata demikian ketika mengadakan lawatan bagi meninjau potensi sawah padi di kawasan luar jelapang padi di Terachi, di sini semalam.

Mohamad Sabu ketika mendengar taklimat.

Katanya, sebanyak RM1.455 juta juga telah diberikan kepada Sawah Padi Negeri Sembilan sebagai inisiatif untuk mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar.

Turut hadir Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri M K Datuk Ibrahim Abd Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Menanti Muhamad Sufian Maradzi dan Pegawai Daerah Kuala Pilah Nawal Mohamed Amin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda