Laporan/foto: Mohd Fauzi
TAMPIN, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah menyampaikan 600 set tilam dan makanan kepada 248 wakil keluarga di Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Banjir.
Dalam ucapannya di majlis tersebut di Perkarangan Surau, Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Gemas, dekat sini semalam beliau menyatakan soladiriti kerajaan bersama mangsa banjir dan bersimpati dengan kerugian yang alami apabila ada kediaman mangsa yang di tenggelami banjir hingga ke paras bumbung.
“Ramai lagi pemimpin lain akan turun padang memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Mungkin akan ada lagi bantuan berbentuk barangan mahupun wang tunai daripada kerajaan kepada mangsa yang dipindahkan ke PPS.
“Jika ada nama yang tertinggal jangan marah dan berjumpalah dengan wakil rakyat untuk urusan bantuan,” kata.
Anthony turut merakamkan ucapan ribuan terima kepada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah bekerjasama dalam program pasca banjir membersihkan kediaman mangsa dalam tempoh yang singkat.
Beliau turut memuji Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa yang telah menunjukkan kualiti seorang wakil rakyat yang sentiasa membantu rakyat menghadapi bencana walaupun Ahli Parlimen Tampin ini juga salah seorang mangsa banjir.
Mangsa banjir Nurjamaah Zurimie, 29, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang memberi bantuan kepada semua keluarga yang terlibat banjir kali ini.
“Terima kasih kepada agensi yang menguruskan pemindahan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah berjaya menguruskan semuanya dengan teratur dan cekap,” katanya.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Veerapan Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam Teo Kok Seong, Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd bin Hj Mohd Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh Suhaimizan Bizar dan Pegawai Daerah Tampin Mohd Fadhil Hassan.
-ZS-