Laporan/foto:Muhamad Sufe Fuddin (Kulim)
KULIM, 9 Dis (Malaysiaakktif) – Majlis Perbandaran Kulim telah melancarkan Buku Pelan Anti Rasuah Kedah (PARK MPKK) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kedah dengan bertemakan integriti bermula dari hati. Program ini bertujuan untuk memantapkan semua nilai integriti pegawai-pegawai di Majlis Pembandaran Kulim.
Dalam ucapan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Datuk Haji Elmi Yusoff berharap semua pegawai haruslah sentiasa tanam dalam minda untuk melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah kerana ianya merupakan satu ibadah dalam bekerja.
“Besar harapan saya dengan pelancaran anti rasuah (PARK MPKK) bakal membawa paradigma dan cerminan MPKK ke arah Organisasi Berintegriti Dan Bebas Rasuah,” ujarnya.
Salah seorang Pembantu Tadbir Majlis Perbandaran Kulim, Izhar Abdul Rani, 29, berkata, beliau lebih memahami apa definisi rasuah yang sebenar dan seharusnya lebih berhati-hati dalam melaksanakan tugas di lapangan.
“Saya yakin inisiatif yang telah dilancarkan ini akan membantu menutup ruang tentang salah laku rasuah dan secara tidak langsung dapat memberi tambah baik terhadap jabatan,” katanya.
Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato Dr Hj Nazman Mustaffa, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kedah, Dato TPJ Ahmad Nizam Ismail dan Pegawai Daerah Kulim, Haji Zaini Ramli.
-AA-