Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

53 Murid Dirai di Majlis Konvokesyen Tadika Perpaduan Peringkat Daerah Maran

By 18 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surina Simat (Maran)

MARAN, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Pelbagai aksi dan keletah murid-murid tadika perpaduan dari seluruh daerah Maran memeriahkan Hari Konvokesyen Peringkat Daerah Maran, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini semalam.

Penyampaian sijil tamat Tadika Perpaduan yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Maran.

Majlis yang julung kali diadakan ini turut memberikan peluang kepada murid-murid tadika perpaduan untuk menunjukkan bakat dalam pertandingan tarian dan pentomen selain dari persembahan bercerita dan membaca dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pegawai Daerah Maran Datuk Khairun Nissa Aris , berkata pendikan sekarang perlu merangkumi tiga agenda utama.

Upacara gimik perasmian yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah Maran.

“Pendidikan perlu merangkumi tiga agenda utama iaitu pendidikan berasaskan kepada modul yang digarap Kementerian Pendidikan, pengisian rohani dan pengisian jasmani,” katanya sewaktu berucap merasmikan program.

Seramai 53 orang murid dari 12 Tadika Perpaduan dan satu Taska Perpaduan telah diraikan dalam majlis tersebut.

Turut dijalankan serentak Program Pintar Kreatif dan Program Ukhwah Perpaduan Peringkat Daerah Maran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda