Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Pasar Malam Siniawan Beri Pengalaman Unik kepada Pengunjung

By 18 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Jackson Abell (Sarawak)

KUCHING (BAU) 18 Jan (Malaysiaaktif) – Pekan Siniawan di daerah Bau bukan sahaja terkenal dengan Pasar Malam Siniawan malahan berupaya memberi pengalaman baru dan unik kepada setiap pengunjung kerana mempunyai nilai sejarah dan daya tarikan sendiri.

Gerbang Pekan Siniawan menjadi salah satu daya tarikan pengunjung yang datang ke sini.

Pekan ini yang terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar raya Kuching masih mengekalkan bangunan kedai kayu lama.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi setiap lorong di pekan ini dihiasi tanglung naga dan ular yang dilakukan secara gotong-royong oleh komuniti kaum Cina di sini

Menurut Kapitan Pekan Siniawan Bong Boon Kah, 53, Pasar Malam Siniawan menjadi salah satu tarikan pengunjung yang berkunjung bersama keluarga dan rakan bagi menikmati pelbagai jualan makanan.

Kapitan Pekan Siniawan.

“Pasar Malam Siniawan beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pukul 4.30 petang sehingga 10.00 malam dengan menyediakan pelbagai jualan makanan kepada pengunjung.

“Aktiviti ini telah membantu merancakkan ekonomi penduduk setempat di sini dan menjadikan pekan ini salah satu produk pelancongan domestik yang berupaya menarik pengunjung datang ke negeri ini,” katanya, di sini kelmarin

-RJ

Tinggalkan komen anda