
Laporan foto: Muhammad Azrul Hafiz Mohamad Nazri/Muhaimin Musa
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru supaya orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika di musim perayaan.

Ucapan perasmian oleh Fahmi Fadzil.
“Kita tahu scammer sangat cekap untuk melihat trend di musim-musim tertentu, kalau di musim haji scammer akan cuba target mereka yang menyimpan di Tabung Haji, dan pada Tahun Baru Cina mereka akan target orang yang menyambut Tahun Baru Cina.
“Jadi pesanan saya sentiasa berhati-hati. Sekiranya ada panggilan yang mencurigakan iaitu panggilan tidak dikenali atau tidak masuk akal, semak dahulu dapatkan maklumatnya, termasuklah scam pelaburan kerana ia sangat menyayat hati dan boleh menyebabkan kehilangan hampir semua simpanan,” katanya.
Fahmi juga turut menyeru orang ramai yang menjadi mangsa scammer untuk segera telefon talian 997 untuk mendapatkan bantuan.

Fahmi menyantuni golongan Orang Kurang Upaya (OKU) warga emas.
Beliau ditemui ketika menyampaikan Bantuan Tahun Baru Cina bagi Parlimen Lembah Pantai di Taman Sri Sentosa, di sini kelmarin.
Seramai 150 orang warga emas menerima baucer sebanyak RM150 dalam program tersebut.
-ZS-