
Laporan/foto: Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)
KUALA NERUS, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Yayasan Taqwa bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Terengganu terus menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini dengan mengagihkan bantuan penting kepada penduduk yang terjejas.

Rosman Paimin mengucapkan terima kasih kepada pihak NGO.
Ahli Dewan Negara Senator Mohd Hasbie Muda, mengingatkan bahawa kerjasama antara kerajaan dan NGO amat penting bagi memastikan bantuan sampai kepada mangsa banjir walaupun banyak agensi sudah menghulurkan bantuan sebelum ini.
“Seramai 100 penerima telah menerima bantuan berupa toto dan barangan keperluan asas dapur pada majlis penyerahan di Dewan Serbaguna Tepoh, Kuala Nerus, hari ini,” katanya, di sini semalam.
Penerima bantuan Sharifah Asmayani Angku Abd Aziz, 37, yang rumahnya rosak teruk akibat banjir Disember lalu, meluahkan rasa syukur dan terharu apabila dipilih menerima bantuan tersebut.

Sharifah Asmayani terpilih untuk menerima bantuan pasca banjir.
“Bantuan ini amat besar maknanya bagi kami yang masih trauma akibat kejadian banjir,” katanya.
Sementara itu, Rosman Paimin, 53, dari Kampung Paya Datu, Buluh Gading, turut mengucapkan terima kasih kepada pihak NGO yang terus memberikan bantuan meskipun lebih sebulan selepas bencana tersebut.
“Kami sangat berterima kasih kerana masih ada pihak yang prihatin dengan keadaan kami,” ujarnya.
-ZS-