
Laporan/foto: Mohd Hairie Izwan Awang (Hulu Terengganu)
HULU TERENGGANU, 21 Jan – Lebih 2,700 ketua isi rumah di Hulu Terengganu yang terkesan akibat banjir baru-baru ini menerima bantuan wang ihsan berjumlah RM1,000 setiap seorang yang disampaikan kelmarin.

Pendaftaran penerima bantuan diuruskan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Terengganu.
Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu Abdul Kahar Abdul Latif yang hadir untuk menyempurnakan penyampaian bantuan tersebut, berkata inisiatif berjumlah lebih RM2.7 juta ini diharap dapat meringankan beban mangsa terutamanya dalam membaiki kerosakan akibat banjir dan membantu menampung perbelanjaan harian mereka.
“Syukur dia atas bantuan yang diterima yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung selepas bencana tersebut,” kata penerima bantuan Mohd Amirul Azlan Mat Tazan, 41, dari PPSK (Projek Penyusunan Semula Kampung) Felcra Kampung Matang, Menerong.

Mohd Amirul Azlan meluahkan rasa syukur atas bantuan yang diterima.
-ZS-