Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Edisi Terakhir Pesta Pulau Pinang di Tapak Ikonik Sungai Nibong

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufian Rashid/Shamsul Bahari Abdul Shukor

BAYAN LEPAS, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Penganjuran Pesta Pulau Pinang Edisi ke-58, yang sedang berlangsung hingga 2 Februari depan, mungkin menjadi edisi terakhir di Tapak Ekspo Sungai Nibong.

Chow Kon Yeow ketika menyampaikan ucapan.

Tapak ikonik ini bakal terlibat dalam projek pembangunan Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang, Laluan Mutiara, yang dijangka mengubah landskap pengangkutan negeri ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, menyeru semua pihak untuk melihat projek pembangunan rel awam moden itu sebagai langkah progresif menuju masa depan Pulau Pinang yang lebih maju dan efisien.

“Sebagai keluarga besar Pulau Pinang, semangat dan tujuan penganjuran Pesta Pulau Pinang tidak pernah pudar walaupun lokasi penganjuran tidak lagi sama (pada masa hadapan).

“Pesta Pulau Pinang bukan hanya sekadar mengenai lokasi, sebaliknya ia adalah gambaran keterbukaan masyarakat di negeri ini sebagai komuniti yang sentiasa meraikan nilai kekeluargaan, budaya, perpaduan serta inovasi,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Pembangunan Ekonomi dan Tanah dan Komunikasi Pulau Pinang.

Majlis diserikan dengan persembahan oleh artis tempatan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dengan diiringi isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor, di sini kelmarin.

Kemeriahan Pesta Pulau Pinangi telah bermula pada 21 Disember lalu dan menyajikan pelbagai program menarik yang terus menjadi wadah perpaduan dan warisan bagi seluruh rakyat Pulau Mutiara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda