Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

PL Tingkatkan Kerjasama dengan Media Tempatan

By 6 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Perbadanan Labuan (PL) sentiasa terbuka dengan sebarang teguran dan cadangan daripada media tempatan bagi meningkatkan kerjasama dengan pengamal media tempatan.

Menurut Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek keterbukaan itu bertujuan memperbaiki sebarang kelemahan sekaligus membawa manfaat kepada pihak PL dan media tempatan.

Simsudin (kanan) ketika beramah mesra dengan media Labuan.

“PL melalui Jabatan Hal Ehwal Korporat akan sentiasa berusaha memenuhi ekspetasi pihak media tertakluk kepada dasar, peraturan dan peruntukan yang dibenarkan,” katanya semasa ditemui pada Program Santai Bersama Penggiat Media Labuan, di sini semalam.

Program itu katanya membuka ruang berinteraksi dengan lebih mesra dan terbuka dalam suasana yang lebih santai.

“Program seumpama ini tidak akan berhenti setakat ini malah saya mengharapkan agar ia dapat diteruskan lebih kerap untuk kebaikan PL sendiri,” katanya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PL Sukuran Taib, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Azman Sipan dan Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan Jainudin Djimin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda